Hakcipta secara berkumpulan ini adalah hak milik penulisnya sendiri. Blog ini diwujudkan dengan syarat setiap kesucian patah kata dalam blog ini tidak boleh diperkosa seratah-ratahnya apa lagi sang penulis masih suci zahir dan batin. Melainkan dengan kerelaan hati atau kebenaran bertaip oleh sang penulis. Mereka yang tidak faham akan konsep hak milik intelektual akan diganyang sehabis-habisnya sebelum disumpah tujuh keturunan bahkan lebih mengikut keadaan. Sebarang permintaan dan rayuan untuk mengcopy-paste semula mana-mana post dalam blog ini hendaklah disertakan dengan ufti yang mahal. Daulat Tuanku!

Sunday, October 31, 2010

Shadow: Mana



Ish. Mana pergi korang semua nih???? Sigh sigh sigh..!

Friday, October 29, 2010

Shadow: Bengang

Gua geram ye. Tapi masih, senyum dengan ikhlas.

Pertama, kerana ini ialah hari Jumaat. Dan gua dengan sopan sekali berbaju kurung hari ini. Dan apa lagi, kalau bukan kelas sudah DIBATALKAN. Kelas harini, satu jam ye. 11 hingga 12 tengahari. Dan tepat jam 11:10 pagi, dengan bangganya cik cik kerani memberitahu gua :" maaf ye dik, Encik Saleem hari ini, sekali lagi, tidak ada. Maka, macam biasa, kelas tiada."

Kedua, gua dapat panggilan semasa dalam bas. Tapi gua tak angkat sebab gua tak dengar. Sejurus masuk kelas, sambil tunggu pensyarah, gua hantar mesej tanya, apa motif telefon gua. Dengan sepantas laju gelombang bunyi, kakak tu telefon gua semula. Ini adalah perbualan kami:
Kakak : Along, ko tau harini akak kena mengajar pagi. Ganti, sebab petang tak dapat mengajar.
Gua : So..?
Kakak : Ko tau, ada satu student tu, akak tengok muka dia, especially hidung dia, mata dia, kening dia, hah kening dia! sebijik! sebijik macam *********(nama yang gua tak mahu dedahkan di sini)!
Gua : Laaaa... sebab tu je ke telefon?! (sambil buat-buat gelak)
Kakak : Betullll.... memang sebijik giler! Kau tak rindu dia ke?
Gua : (masih buat-buat gelak)
Kakak : Dah lah. Salam Mafia. Aku nak pegi balik Singapore nih. Jumpa minggu depan kay.
Gua : ah bye. (Dalam hati: whateverrrrrrrrr!)

Dah lah. Gua nak pegi tengok wayang. Benci la camni. Bosan!

Till then ;)






Sunday, October 24, 2010

Shadow: Kisah Abdullah Fikri

Haaa Affaf dah cerita tentang makhluk ganjil di tempat beliau. Ini cerita
gua:


Al kisah sewaktu di semester dua gua berkenalan dengan seorang budak Kelantan. Umurnya sebaya. Pertama kali jumpa, gua tak layan sangat. Biasalah, gua dan ego gua: "Guys?get lost". Dan kami selalu terserempak di pejabat pensyarah. Di situ, rutin biasa budak-budak adalah, tatkala masing-masing terserempak di sana, akan menghabiskan masa berbual-bual di tangga. Sampai akhirnya, tak pergi jumpa pun pensyarahnya!
Maka begitu lah. Oleh kerana kawan-kawan dia yang berkawan dengan gua (dia sorang je bukan), jadi setiap kali kumpulan dia bertembung dengan gua di pejabat pensyarah, kami akan berborak sakan di tangga. Dan bila kumpulan-kumpulan kawan lain datang, diorang join. Jadi semakin lama, geng borak tangga di pejabat tersebut menjadi semakin besar dan sudah tidak dapat dibendung.

Aih nak diceritakan dari awal memang panjang dan meleret. Dipendekkan:

Gua dah tak nak kawan dengan dia sebab perangai mangkuk hayun Kelantan tu memang menjengkelkan tahap gaban!

Lu tau tak, kalau dulu masa nak mula-mula kawan dengan gua, punya puji tinggi melangit. Putus cinta, masalah sahabat, geng dia nak bercerai berai, takde kawan, takde makan, takde itu ini, takde akal, kesunyian, kesedihan, kegembiraan kalau boleh semua jadah lah nak share dengan gua..sekarang, bila dah ada awek, terserempak pun boleh buat dono aje.

PATUT KE?

Gua memang rasa terbakar, tercabar, dan terhiris la. Dulu segala blog gua kat myspace, tak beritahu gua ada myspace pun, siap boleh pergi selidik, dan sentiasa mengikuti blog gua. Dan dulu, kalau gua online di ym, wah setanding kepantasan laju cahaya dia buzz gua. Dan gua kadang-kadang kena bersengkang mata chatting dari malam sampai pagi. Sebab kena jadi kaunselor dia, dengar masalah dia, nasihati dia.

Wah sekarang.. sekali lagi: Terserempak pun boleh buat dono aje.

Sekarang lu cakap. PATUT KE?

Bukannya gua nak jeles ke apa ke. Sudah diterangkan kepada dia sejak awal perkenalan yang gua memang langsung tak ada hati untuk dia. Apatah lagi nak ada jantung, perut, usus, limpa bagai. Yang paling gua menyampah sekali, dari dulu lagi, sebelum jadi awek dia pun, si farah tu memang tak suka gua. Duduk sama-sama dalam kelas Maths pun, masih boleh jeling-jeling, perli-perli. Padahal dia tak tahu si mamat ni dah memang sayang kat dia.

Heh gua berborak dengan dia online aje tau. Dan kalau nak jumpa, gua selalu ajak jumpa di library. Tak pernah la nak berduaan! Dari dulu lagi, dia denga si Farah tu macam belangkas, pergi sana sini sama-sama, lepak malam ke pagi sama-sama, pendek kata memang macam kembar siam lah! Akhirnya kapel juga mereka. Gua memang gembira dan lega untuk dia. Tapi akhirnya, apa ke jadah yang dok pasangan kekasih baru ni tak mau cakap dengan gua?

Dah. Kalau nak cerita memang banyak lagi. Sekurang-kurang coret sedikit ni, lega jugak hati gua!

Tengok lah muka dia. Anda boleh nampak banyak lagi di fb gua. Sewaktu kami masih bersahabat.

  1. http://www.facebook.com/video/video.php?v=396435353742&subj=1439082464 (Video masa gua sebahagian dari mereka. Sekarang gua menjauh.)
  2. Yang di sebelah kanan gua tu adalah dia:
3. Juga sewaktu gua masih sebahagian dari mereka. (Sebab dia Big Brother. Kalau dia takmau kawan dengan gua, semua orang ikut.)


( Yang tak bertudung adalah Farah. Teman wanita dia sekarang. Yang lain-lain adalah kami-kami yang pernah jadi serumpun. Sekarang tak lagi. Gua berundur.)


Till then ;)

p/s: Menyampah kan baca tulisan gua? :(

Friday, October 22, 2010

affaf: awek boy

lu nak tgok awek die??
hahahahhahahaha!
cam orang pendatang beb..
tapi die kata, ORANG KL :p
umo 25 tahun k!

name kat facebook,

nak tgok muke die ke beb?
lu jgn rase tercabar tau!
hahahahhahahaha :D






affaf: ini kisah Hafiz Mukrimin !

satu pagi khamis tu,
gua dapat sms,
dari kak ayu,
ketua MPP seki gua..
die suh gua attend MEETING malam hari yang sama..
gua ok je la..
tetibe gua teringat! malam tu, gua ade dinner!
gua bitau die..
die kate, TAK PE, HAFIZ PUN G DINNER TU, dan HAFIZ PENGARAH PROJEK tuk meeting nnt..
gua terkesima!

what??!! that monkey??
k, tak pe, gua sabar..

tibe la time malam..
meeting mule kul 8:30, daftar dinner kul 8:15
tapi sbb pjg sgt beratur, gua siap daftar kul 8:45

then, I saw him!
baru lepas wat performance GHAZAL

gua dah tau, die mesti naik kereta..
memandangkan tempat meeting ngan tempat dinner tu,
jauhnye seperti dari HSK ke pusat tuisyen DELTA,
gua terasa macam LEBIH BAIK TUMPANG KERETA dia..

gua pun pegi kat die,
dan berkate,
hafiz, g meeting nnt, kul bape? kite nak tumpang.

lu tau ape die jawab??
eh, ni dah pukul 8:50 (sambil tunjuk2 jam die)
meeting start kul 8:30.. saya baru je habis perform ni!
makan pun tak lagi! awak nak tumpang? 
kita berdua je? naik satu kereta? awak dgn saya?
okaylah..
BEB!!! die ckp kuat nak mampos! kira cam TENGKING gua la kan!
kawan2 ghazal die sume dgr! BA**!!!!!

pastu, gua pun blah, gua g SENDIRI!
jalan KAKI!
peluh2 k!
cam hanjeng btul monkey tu!

pastu, gua sampai, die dah ade pun!
yelah, dah naik kete! makan lambat cam ne pun,
mesti laju dari yang JALAN KAKI!

gua sampai2 je,
die tenung gua, 
pastu, die pandang meja, (sbb die duduk atas kerusi)
tangan die tetibe terangkat, 
dan 5jari die, lambai gua,
dan MULUT busuk die kata,
AFFAF, MEH SINI, MEH SINI !!

gua buat pekak je..
die tetibe kate ngan LEMBUT nye,
nape tak tunggu saya tadi? saya tercari2 awak tau..
cam khin*** !!
gua diam je.. malas nak layan!
tak lame, ade la committee lain bitau gua, 
affaf, sabtu kul 8pg eh..
gua terkejut gak.. 8pg, ade ape?
ade 1Malaysia Journey ngan media prima..
oh, gua g MELAKA time tu!
tak dapat la gua ikut kan..pastu, 

YDP MPP tu kate, 
affaf xdpt follow eh..affaf balik la...
sian dtg jauh2.. ingatkan affaf dapat join..
maaf susahkan.. gua LEGA gile tak tgok muke MONYET tu lama2!!

maka, gua pun balik!
eeii!! bodoh pye Hafiz Mukrimin!

affaf: maaf sgt2

gua try login, 
kakak gua tukar password
sbb tu, lama tak access!

oh ye, beta dan abg beta,
dah ok..
eh silap!
patik dan abg patik..
dah ok :)
sukati aku je guna "beta" kat blog ni..
hahahhahahahahahaaa...

ok, pasal hafiz Mukrimin,
gua cite kat entry lain!
love you all :)

Shadow: Balik

Cukuplah menulis di U-Cafe ni. Kalau melayan wi-fi di sini, kadang-kadang azan Zohor dekat Islamic Centre MSU berkumandang pun, gua boleh tak dengar. Padahal Cafe, terletak betul-betul sebelaaahh Islamic Centre. Ish, gua perlu ubah perangai yang ini. Dah la bebs, gua nak balik.

Info:

  1. Untuk ke bus stop berdekatan, gua perlu berjalan merentasi Tesco Extra. Kadang-kadang perjalanan ke bus stop boleh terencat kerana gua akan singgah makan sebab tak tahan bau makanan di Food Court.
  2. Perjalanan ke bus-stop mengambil masa selam 7 minit. Tapi terasa macam lama dan jauh. Sebab ia jalan lurus yang berbukit.
  3. Banyak anjing hitam liar sepanjang jalan. Gua hanya bertawakkal. Gua macam biasa, tak takut anjing. Tapi macam-macam boleh jadi. Susah jadi orang cantik ni. Anjing pun tergoda. Naik turun dada anjing-anjing tu sesak nafas setiap kali gua lalu.
  4. Jangka masa tunggu bas memang sekejap. Sebab bas untuk ke Klang dari Kuala Lumpur yang lalu memang banyak. cuma kadang-kadang gua rasa lama sebab gua selalu kira kenderaan yang lalu lalang di highway tersebut. Baru 5 minit dah 60 bijik!
  5. Biasanya setelah naik bas, gua akan nyanyi lagu yang dimainkan di radio dalam bas. Tak kisah la dia pasang lagu dangdut ke, melayu ke, Inggeris ke, kadang-kadang lagu Tamil pun gua ikut angguk-angguk kepala dan 'miming'.
  6. Ok lah, gua nak tutup lappy, nak memulakan perjalanan. Harap gua tak singgah makan la ye.
Till then ;)

p/s: Ayu, dah dua kali gua nampak lu dari dalam bas Kg Jawa. Masa tu kalau gua lambat sikiiiit sampai bus stop, dan naik bas seterusnya selepas bas yang gua naiki tu, kita pasti akan bergelak mengilai dalam bas yang sama kan. (erm maybe lu tak paham. make it simple: gua nampak lu lah! hampir dapat naik bus yg sama dan terserempak! aih~)

Shadow: Keluh

Tahu apa yang paling gua tak suka?

Persediaan nak ke kelas: Bangun awal pagi, tarik nafas panjang, senyum depan cermin sambil gosok gigi, buat ulangkaji dan akhirnya, KELAS BATAL.

Perngetahuan umum yang paling menarik sekali:

(1) Hanya ada SATU kelas untuk semester panjang ini.

(2) Hanya ada seorang pelajar dalam semester panjang ini yang mengambil matapelajaran Fizik II iaitu, Gua!

(3) Pensyarah gua terlalu baik hati sehinggakan setiap kali batalkan kelas sewaktu gua sudah tercapap depan pintu kelas, gua masih mampu tersenyum manis, dengan ikhlas.

(4) Peperiksaan 'mid-semester', gua diberitahu akan ada 20 soalan objektif dan selebihnya soalan subjektif. 100 markah kesemuanya. Tapi pada hari ujian, hanya ada LIMA soalan subjektif. Lima soalan subjektif yang PENDEK. Dan ya, jumlah markah, masih seratus.

(5) Alhamdulillah, gua dapat 'A' untuk ujian 'mid-semester'. Harap 'final-exam' tak akan mengecewakan gua lagi.

(6) Fizik II adalah pelajaran tentang wires, electrics, dan semua benda lain yang gua jangka dan pasti hanya budak jantan yang gemarkannya. Dan ya, bisikan hati anda-anda benar, Gua Tak Suka Subjek Ini.

(7) Gua menulis entry ini, di U-Cafe, kerana kelas 1 jam (11am-12pm) pada hari ini sudah dibatalkan sebentar tadi tatkala gua sudah tercapap depan pintu kelas (sekali lagi) dan apa lagi, kalau bukan gua hanya mampu, tersenyum ikhlas ( sekali lagi ).


Till then ;)


p/s: Gua lebih suka duduk di U-Cafe sebab Ketua Chef di sini sangat cute. (Dia akan pakai uniform lengkap seorang Chef setiap kali MSU ada tetamu. Dan oh, semenjak duduk di campus baru, banyak betul tetamu. Dari sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan biasanya.

Saturday, October 16, 2010

AL: Perkara Jahat 2

Hari ini ada Workshop Training Industry. From 8.00-1.00. Tapi kawan gua dia nak balik awal. Pukul 11. Sebab beliau nak pergi Singapura. Tanpa segan silu, gua kata nak ikut. Bukan ke Singapura. Tapi keluar pukul 11. Lalu kami pun memberitahu penceramah lalu si penceramah  membenarkan tanpa sedikit keraguan.

Kawan gua kata, "Ayu, you are surprising me."

Jenifer tak tahu ada yang lebih suprising. Hihi.

Monday, October 11, 2010

AL: Perkara Jahat 1

Hari ni gua ponteng dua kelas, pukul 8 dan pukul 9, tanpa sebarang alasan walaupun tiba di kampus setengah jam awal dan gua tak rasa bangga dengannya.

Monday, October 4, 2010

Shadow: Terbang Gumbirak

Hari ni, memang gua rasa macam, NAK TERBANG. Alhamdulillah, rasa gembira ini sangat menyeronokkan. Cukup untuk sebulan ;) Thank you Allah!

Till then ;)

p/s:
(1) Ayu exam buat elok-elok. Lu PASTI BOLEH. Lu paling matang antara kita berempat jadi lu kena bagi contoh yang terbaik. So kalau tak boleh pun, lu kena bolehkan. Kesian kitorang nanti.
(2) Affaf, gua tak tau lu tengah bikin apa. Lu PALING sepi. Tak kisah la, sebab lu ada guarding angel yang paling setia (Abg Hanis). So, gua tak risau sangat. Tapi kangen itu ada. Untuk semua juga.
(3) Yasmin, mentang-mentang cuti, melalak aje lah ye. Senyum selalu. *Senyum* Err, jangan selalu sangat rindukan Abang Zizang. Kesian Abg Za dan Abang Senyum. Ruang hati semakin mampat!