Hakcipta secara berkumpulan ini adalah hak milik penulisnya sendiri. Blog ini diwujudkan dengan syarat setiap kesucian patah kata dalam blog ini tidak boleh diperkosa seratah-ratahnya apa lagi sang penulis masih suci zahir dan batin. Melainkan dengan kerelaan hati atau kebenaran bertaip oleh sang penulis. Mereka yang tidak faham akan konsep hak milik intelektual akan diganyang sehabis-habisnya sebelum disumpah tujuh keturunan bahkan lebih mengikut keadaan. Sebarang permintaan dan rayuan untuk mengcopy-paste semula mana-mana post dalam blog ini hendaklah disertakan dengan ufti yang mahal. Daulat Tuanku!

Friday, October 22, 2010

Shadow: Balik

Cukuplah menulis di U-Cafe ni. Kalau melayan wi-fi di sini, kadang-kadang azan Zohor dekat Islamic Centre MSU berkumandang pun, gua boleh tak dengar. Padahal Cafe, terletak betul-betul sebelaaahh Islamic Centre. Ish, gua perlu ubah perangai yang ini. Dah la bebs, gua nak balik.

Info:

  1. Untuk ke bus stop berdekatan, gua perlu berjalan merentasi Tesco Extra. Kadang-kadang perjalanan ke bus stop boleh terencat kerana gua akan singgah makan sebab tak tahan bau makanan di Food Court.
  2. Perjalanan ke bus-stop mengambil masa selam 7 minit. Tapi terasa macam lama dan jauh. Sebab ia jalan lurus yang berbukit.
  3. Banyak anjing hitam liar sepanjang jalan. Gua hanya bertawakkal. Gua macam biasa, tak takut anjing. Tapi macam-macam boleh jadi. Susah jadi orang cantik ni. Anjing pun tergoda. Naik turun dada anjing-anjing tu sesak nafas setiap kali gua lalu.
  4. Jangka masa tunggu bas memang sekejap. Sebab bas untuk ke Klang dari Kuala Lumpur yang lalu memang banyak. cuma kadang-kadang gua rasa lama sebab gua selalu kira kenderaan yang lalu lalang di highway tersebut. Baru 5 minit dah 60 bijik!
  5. Biasanya setelah naik bas, gua akan nyanyi lagu yang dimainkan di radio dalam bas. Tak kisah la dia pasang lagu dangdut ke, melayu ke, Inggeris ke, kadang-kadang lagu Tamil pun gua ikut angguk-angguk kepala dan 'miming'.
  6. Ok lah, gua nak tutup lappy, nak memulakan perjalanan. Harap gua tak singgah makan la ye.
Till then ;)

p/s: Ayu, dah dua kali gua nampak lu dari dalam bas Kg Jawa. Masa tu kalau gua lambat sikiiiit sampai bus stop, dan naik bas seterusnya selepas bas yang gua naiki tu, kita pasti akan bergelak mengilai dalam bas yang sama kan. (erm maybe lu tak paham. make it simple: gua nampak lu lah! hampir dapat naik bus yg sama dan terserempak! aih~)

1 comment:

  1. gua pun kepingin situasi itu.api entah kenapa hanya bavithra sorang yang pernah menjadi teman gua naik bas dari kl ke klang scara kebetulan yg mana gua tak teringin langsung.

    ReplyDelete