Hakcipta secara berkumpulan ini adalah hak milik penulisnya sendiri. Blog ini diwujudkan dengan syarat setiap kesucian patah kata dalam blog ini tidak boleh diperkosa seratah-ratahnya apa lagi sang penulis masih suci zahir dan batin. Melainkan dengan kerelaan hati atau kebenaran bertaip oleh sang penulis. Mereka yang tidak faham akan konsep hak milik intelektual akan diganyang sehabis-habisnya sebelum disumpah tujuh keturunan bahkan lebih mengikut keadaan. Sebarang permintaan dan rayuan untuk mengcopy-paste semula mana-mana post dalam blog ini hendaklah disertakan dengan ufti yang mahal. Daulat Tuanku!

Wednesday, September 29, 2010

Baca lah.

Qeela..K bukan nme sbenar text aku tdi,.after 2 years of no contact..eyh 2 years ke..mybe 3?..die wish slmt hri raya..then buat ayat sadis2 ngn aku T_T haish..

Ok jap..kalau kau x tau K tu sape..ni hint: aku ptot dgr ckp kau sblum berkwn dgn die..ring a bell x? Hahaa ;)

September 14 at 8:29pm · · · See Wall-to-Wall
    • Azleen Hasnudin Oh..if kau ingt n knal..x yh type nme die pnjng2 kt fb..biar je lah die. ;)
      September 14 at 8:30pm ·
    • Kila Killjoy hahaha ouh knal sgt sgt. Haha die ske buat cmtu en.ape die nk lg ngn ko pn aku xphm.haih2 of kos la ko xbls kn.haha mesti cm xkuasa nk lyn.haha
      September 14 at 11:00pm ·
    • Azleen Hasnudin Ade..aku rply sbb aku x tau num tu sape..die rsau pkir aku bnci die ke ape..then aku rply..aku x bnci just x tau nk ckp ape ngn die so biarlah..kwn x smestnya kne sms or call slalu pun..after 4 msgs aku stop rply.
      September 15 at 2:33am ·
    • Kila Killjoy hahha ngade2 je k tuhh. takkn la 3 thun da blalu ade bnci2 lg. hahah sje je nak msg ko la tuh. haha
      September 15 at 3:41pm ·
    • Azleen Hasnudin Tau xpe..x pnh bbci die pun..hilang prasaan je..ade 1 ayat knon touchng la..harap bhgia dgn khdupn baru..after die knalkn dri die.aky just rply oh ok.slmt ri rya maaf Zhr btin..lupekan je lah bnde lame..ok bye. Pastu die tnye mcm tu je ke?thn mula lah buat ayat2 aku bnci ke x..haish pnat aku explaib nsb last2 die hm gk.. Kau cmne?
      September 15 at 5:37pm ·
    • Kila Killjoy hahah pandai je die buat ayat. klu aku da mls nak lyn. die ckp die k aku trus tak reply. ahha
      September 16 at 3:45pm ·
    • Azleen Hasnudin Hahahaa aku rply je..smngt raya knon T_T
      September 16 at 7:38pm ·

Monday, September 27, 2010

AL: Pak cik Radzi asyik call gua

Pak cik Radzi asyik call gua tanye bile kita nak buat reservation untuk kue teow goreng kerang extra pedas yang dia masak?!

Saturday, September 25, 2010

Beta bertitah

To Laksa mana:
1) Gua perkenan kan cite lu kat bawah ni dan sekalung2 TAHNIAH sebab akhirnya negara kita
dah ade guru kaunseling dan guru pendidikan seks.

To Perdana Menteri:
1) Gua tak paham lah nape lu ni tak paham2.Amaran terakhir dan kesekian kali."JANGAN COMMENT" dah.

2) Tuanku punya, tentulah paling menyerlah! Kan?Ada maksud pape ke ni?hahahaha

To Dayang Istana kerajaan Insang:
1) Gua sangat bersimpati akan kehilangan permata hati lu yang satu. Tapi gua taw kehilangan tu tak akan lama.hihhih.

"Pompuan yang baik,dia akan sombong dengan lelaki".HAHAHA

2) Selain itu, gua juga bersimpati dan tumpang marah dengan lelaki durjana yang sanggup melayan dayang gua sebegitu rupa. Dan gua rasa die ade hati sikit la kat lu. Dan untuk mematikan rasa suka, sayang dan rindu die buat lar camtu.hahaha (jangan marah2 nanti kena jual)


Selepas gua post menda ni baru gua perasan yang korang suma same je.Buang menda comment tu.Gua memang giler malas nak baca comment2 tu.Tapi PERDANA MENTERI lagi manyak comment.

Korang rasa tak blog ni makin lama makin merepek. Dan rasanya ni lah cara terbaik tuk bhubung tanpa memerlukan pengeluaran wit dan dari sini kita dapat keep in touch walaupun tak touch pe2 dan takdelah korang senyap je kan

p/s: hehehe

Assalammualaikum:)

Friday, September 24, 2010

AL: Gua dah naik pangkat jadi guru kaunseling dan guru pendidikan seks

"kak, tolong saya.saya tak boleh bagi tahu mak,nanti mak marah.ada sorang lelaki cina ni.di satu kelas dengan saya.dia minat sangat dengan saya.asyik bagi hadiah kat saya.hah,haritu dia bagi gelang.saya tak nak.saya pulangkan.tapi dia suruh ambil balik.pasti dia marah2 pulak.dia asyik nak borak2 ngan saya.pastu jerit2 nama saya lah.ambik2 barang saya lah.saya tak suka la apa dia buat tu.dan lagi saya tak suka pun kat dia sebab dia tak hensem.apa yang patut saya buat, kak?"
Gua cakap: Dah, tak yah layan budak tu. Belajar dulu yang penting. Awak pun kecik lagi. Kawan-kawan akak yang couple sejak sekolah sekarang semua dah clash. Membazir je wat dosa bertahun-tahun.


"kak, ada sorang lelaki ni dia mesej ngan saya.dia cakap dia ni budak baik.paling sikit pun dia pernah buat 'ringan-ringan' je ngan perempuan.'ringan-ringan' tu apa?'
Gua cakap: Ringan-ringan tu maksudnya dia pernah pegang2 n peluk2 ngan pempuan. 

#Takkan lah gua nak cakap 'ringan-ringan' tu oral seks. Nanti gua kena terangkan oral seks tu apa. Baru form 2. Rosak nanti fikiran budak tu.


"saya tengok tv, dorang cakap pasal mati pucuk.mati pucuk tu apa? saya tanya abang-abang saya dorang gelak-gelak."
Gua cakap: mati pucuk tu penyakit lelaki tu mati sebab anu dia sakit. 

#Tak tahulah kalau dia fikir sakit sebab kena tendang, kena gigit semut atau terjepit kat zip seluar. Yang tu, gua tak nak masuk campur. Gua tak nak lah cakap mati pucuk tu lemah tenaga batin. Mesti dia tanya tenaga batin tu apa kak? Hadoi.




Ehem: I hate teaching

Thursday, September 23, 2010

affaf: sape lebih DEGIL ?

tuanku, atau perdana menteri??
tuanku TITAHkan, JANGAN POST KOMEN..
tetapi, dalam PERLEMBAGAAN, 
tuanku harus mendapat NASIHAT perdana menteri, sebelum bertitah

siapa degil??
tuanku, atau perdana menteri??

perdana menteri pula, 
sukati langgar perintah tuanku,
dgn meletakkan KOMEN..

siapa degil??
tuanku, atau perdana menteri??
 
maka, sebagai temenggung di raja, 
patik rase, TUANKU bersalah..
maka, surat dari mahkamah CEKODOK PANAS,
akan ke ISTANA tuanku nanti.
TUNGGU!

affaf: beb, gua penat la bace

silap gua!
request lu org suh tulis!
skrg, gua letih nak bace :p

tapi, gua ngan abg gua,
FINISH!

sgt2 ngek ngok! leh berambus la die!
eh, gua leh idup tanpa die, kan beb?
gua rase cam, kambing busuk, mati kene tikam!

maksud gua, :geram, sedih, happy, cam tu la..
haish! oh ye, xde gelak dalam entry ni!
fuh!

Shadow: Kaler-warni Hidup

Duduk di kafe universiti. Macam biasa. Pagi-pagi dah ramai dengan budak-budak yang kerjanya tak lain, memekak. Gua tak faham kenapa orang perlu datang bersama kawan-kawan ke suatu tempat awam, motif hanya untuk memekak. Diorang tak pernah fikir, ada orang yang perlukan kedamaian bila mengunjungi kawasan istirehat di sudut kafe ini. Gua ulang: Zon Istirehat. Benar, kafe gua ada zon tempat pelajar bersenang lenang. Tapi duduk di sini, tak pernah bersenang pun. Apatah lah lagi lenang. Kadang-kadang tu rasa menyampah juga mengenangkan gua sedang menuntut di universiti swasta. Sebab? Majoriti pelajarnya rasa diri sendiri bagus, terbaik, hebat, cantik, menarik dan semua nak da-bomb! Walhal, yang paling kuat berbunyi itu lah biasanya tin kosong. Projek-projek gua selama ini pun, tak ada lah nampak sangat diorang tu da-bomb. Sudahnya gua yang bersusah. Penat, penat. Tapi apa boleh buat. Hidup gua di sini banyak sangat warna terlalu striking, kadang-kadang datang kelabu. Nak tunggu kaler yang damai dan menenangkan, memang jarang-jarang sekali lah. Tapi tak kesah la. Life goes on. Apa ader hal. Lepak aje laaa. Korang pulak, macamana dengan kaler hidup di sana? Menarik-menarik kah? Gua tahu, Laksamana Affaf punya, polka-dot berwarna warni. Bentara Ayu punya, kaler-kaler tenang tapi terkadang datang juga kelabu. Tuanku punya, tentulah paling menyerlah! Kan?

Till then ;)

Wednesday, September 22, 2010

Shadow: Mimpi

Bebs, korang percaya tafsir mimpi? Pada gua, kurafat tu dah la satu hal, lagi pulak kita lahir-lahir je dah ada mesin basuh, mesin jahit, mesin cetak, mesin rumput, mesin gun(machine-gun) dan segala macam mesin lagi. Susah juga la kalau nak kata gua percaya. Tapi memang tak nafi la, ada mimpi-mimpi yang memang Allah beri kepada kita untuk macam-macam tujuan. Entah, gua pun tak tahu macamana nak hurai hal mimpi-mimpi ni. Mungkin korang boleh tolong?
Begini. Gua kerap dapat mimpi yang sama. Lalu gua walaupun tak kesah tengok drama yang sama dalam tidur, mula lah operasi mencari maksud mimpi gua tersebut. Puas gua google, gua cari dalam buku, nak kata tak ada jawapan langsung tu tipu la. Cuma semuanya tak bertepatan. Sebab mimpi gua tu rumit dan panjang. Bercampur. Lalu gua bertanyakan maksud mimpi tu kepada kawan gua, orang yang bukan arif, tapi berpengalaman dalam hal begini.
Dia kata, maksud mimpi gua, adalah: Gua bakal MATI DIBUNUH. Dan yang pelik sekali, gua sikit pun tak kesah, malah lega lagi ada sebab dapat tahu kebenaran (walaupun ia mungkin bukan kebenaran yang tepat). Alah, apa ada hal.. hidup mati, kan kuasa Allah? Lepak aje laa.

Till then ;)

Shadow: Merabhan

Menulis di kafe universiti. Hari hujan. Duduk di kerusi-kerusi baru yang cantik. Kafe ramai orang.
Okay. Gua bosan. Sebab tu gua mula mencari halaman ini, untuk meluahkan kebosanan. Jadi isu penting gua kali ini di sini: Gua Bosan! dan gua dah mula meraban. Atau lebih tepat, meracau. Ya, gua meracau. Sebab? Gua bosan. Oh, gua tak suka orang nama Azira,. Kenapa? Sebab gua tak suka lah! Gua tak kisah la ada orang nama Azira ada baca post ini, atau memang mengikuti blog ni, atau ada kucing ke gajah ke kutu ke yang nama dia Azira, yang sedang mengikuti blog gua ini, gua apa peduli? Memang gua tak suka, orang nama Azira. Bebs, bila nak lepak Pakcik Radzi nih? Kempunan! Dan Tuanku, gua rindu lu. buat Bentara, gua rindu lu juga. Laksamana, gua dah dapat kad raya lu. Komen gua: BABBI ya! hambek kau. dah la setem gambar bapak dia. (auww abang Rani!) pastu, siap ada nama Mazni pulak tu kat muka depan. BABBI sekali lagi. Oh bila la gua nak berhenti meracau? Gua masih bosan.

Till then ;)










AL: Jaddah ke Jeddah ke Kejadah?

Gua tak nak rekomen calon suami. Gua nak rekomen kerja lu kat satu kedai makan. Diorang cari tukang cuci pinggan mangkuk, lap lantai dan lap meja. Berminat?
Se-ma-kin.Yang penting ada progres. Kan bagus tu boleh berbual macam biasa. Kalau, kalaulah  lu nak couple balik lu kena mintak permission dulu dari kami. Nanti kiteorang cipta beberapa ujian dulu. Haha. Jangan diam-diam macam dulu. Tu la tak dapat restu.


Ehem: Gua happy bila lu happy. Yang ni gua dapat rasa yang lu memang betul-betul happy.

affaf: gua nak cepat!!

sorry shadow!
gua nak rushing g ANUGERAH DEKAN ni
tak dapat bace post lu..
nnt gua bace!!
love you all!

Tuesday, September 21, 2010

Shadow: Jaddah?

Ini minggu penuh seronok. Ada se-ronok, dua-ronok, tiga-ronok dan beronok-ronok. Seminggu lepas kita sambut Aidilfitri, gua tak berpeluang ber-dua-ronok sangat. Hanya ber-se-ronok sahaja. Sebab terlalu ramai sahabat handai keluarga tak kurang juga sedara mara yang berkunjung. Gua pasrah je la bila kena cuci bertimbun-timbun cawan pinggan mangkuk sudu garpu dan ahlil meja yang lain (seperti tukar alas meja setiap selepas tetamu makan dan sebagainya). Tapi tujuan gua bukan la nak merungut ke apa, cuma nak sampaikan yang.. rajin kan gua? Siapa ada calon suami? (selingan. gua tak serius.)

Oh berbalik pada topik asal. Kenapa gua merasakan ini minggu yang seronok? Jawapan: Entah. Gua cuma dapat rasakan kelapangann dada yang melampau walaupun pada minggu depan gua ada exam. (tapi lu tau la gua, apa ada hal dengan exam!), dan gua juga dapat peluang bernafas dengan lega baik di kampus atau di rumah. Sebab minggu ini, gua langsung tak busy. Dah lama betul gua tak merasa dapat tarik nafas kelegaan dalam kelapangan macam ni. Dan sekarang gua betul-betul tengah menikmatinya. Melepak di kampus sambil tengok orang lalu lalang, sememangnya hobi terbaru gua kala kelapangan macam ni. Dan lagi, satu perkara yang buat gua dapat tarik nafas lega betul-betul: Masalah hati gua dah semakin sembuh! Tahniah kepada gua. kan?

Jadi, itu lah dia isi penting dalam tulisan gua kali ini. Sekali lagi: Masalah hati gua dan semakin sembuh! (Nota: gua bilang semakin sembuh. se-ma-kin. jadi jangan gembira sangat, takut nanti semua kecewa, dan menyampah). Nak tahu macamana ia jadi semakin baik? Sebelum teruskan membaca, kita ucap tahniah dulu pada korang-korang sohabat bebs gua. Gua dapat sokongan, dorongan dan macam-macam lagi -ngan -ngan secara seratus perarus dari semua. Berkat itu semua, gua buat apa? Gua telefon dia! Dan kami bincang apa? Isu politik! Bodoh kan? haha. Pelik sekali, bila berbual normal macam tu, gua dah o-kay. Sumpah lega!

So sekarang apa lagi, carikan gua pakwe cepat. Gua single mingle ni. Dan setelah sampai di sini penulisan gua, gua masih tak tahu, yang mana satu sebenarnya isi penting. Dan apa sebenarnya yang betul-betul gua nak bagitahu. Gua tak ingat dah sebab dah jauh menyimpang. Macam biasa la, gua suka meraban. Alah, yang penting gua seronok je la minggu ni. Dan macam biasa, itu pun gua meraban jugak. Seronok hape kalau terlalu lapang sampai melepak dari jam 7 ke 4 di tangga kampus je. Ahh yang penting gua hapy. kan?

Okay sampai sini sahaja raban gua.

Till then ;)



AL: Post gua kat sini

Lu baik tak dengan rumet lu. Kalau baik bagi saja la dia baca. Tapi susah kalau lu nak mengata memperkatakan dia dalam blog lu atas sebab-sebab marah, geram dan bengang wujudnya tidak puas hati pada rumet lu.

affaf: mane post korang?

semalam, gua blaja BAHASA ISTANA ;D
nnt gua post r kat sini, untuk tatapan kerabat ISTANA sekalian eh :p

mane post korang??
bosan la!! takde post korang!
tuanku exam..
laksamana??
perdana menteri??

ape alasan korang?
tgok gua ni..
menaip je tau :p 
hahahaha...

oh ye, RUMET gua tgah 
mintak PERMISSION nak 
bace blog gua.. HOW???
seram oh

Monday, September 20, 2010

affaf: tgan gua gatal

tgan gua asek nk klik kat COMMENT je, 
lepas habis bace post korang
sorry! ahahahahhahhahaha..
delete je la komen tu.. :p

oh ye!!! gua taknak jadi DAYANG! 
cam jijik je name tu :p
hehehehhehe..

eh, 10okt-14okt tu, minggu last gua..
sure2 la tak dapat :(
sorry tuanku aka yasmin !

taknak dah continue cite KENT tu..
kalau sambung, gua nak jadi belakang tabir je..
cam yasmin waktu misi GIGOLO dulu :p
huhuhuhu.. k la, malas nk wat warna warni dah..
chau chin cau :p

AL: Oh, ni Ayu yang tulis!

Amaran: Entri ni agak panjang. Siapa nak tukar pad, pergi tukar dulu.

Permasalahan 1: Boleh tak bagi orang lain view blog ni ?
Tuanku: Cadangan Tuanku.
Marsyada: Setuju. Boleh jadi pengubat luka. Tapi author kekal 4 orang.
Affaf: Tidak setuju. Bukannya yang lain faham cerita yang kita tulis.
Ayu: Salah satu niat gua nak buat blog ni untuk ditulis dan dibaca oleh kita-kita je. Kalau ada masalah menimpa bolehlah meluahkan perasaan di sini. Dalam erti kata lain, kalau gua marah kat orang tu bolehlah gua kutuk-kutuk orang tu kat sini! Agak segan kalau ada orang lain baca.
Kesimpulan: 2-2. Macam mana nak simpulkan ni?

Permasalahan 2: Sistem Komen
Tuanku: Kosongkan komen!
Ayu: Setuju. Sebab kadang-kadang terlepas pandang. Kalau nak komen tulis kat post. Kalau semua setuju, disable komen terus.
Marsyada: Jumpa nanti kita bincang untuk buat blog lebih bernas. Lokasi:Gerai pak cik radzi (hehe)
Affaf: Kat Si, memang tak leh komen. Setuju.
Kesimpulan: Gerai Pak cik radzi.

Permasalahan 3: Identiti
Tuanku: P/s dan Assalamulaikum :) di akhir post. Tidak lupa perkataan ‘merepek’.
Marsyada: ‘Shadow’ pada title dan beliau akan tekan quote sebelum tulis (eh, betul tak ni gua main teka?) dan ‘Till then’.
Affaf: Penulisan yang berwarna-warni dan banyak gelak.
Ayu: ‘AL’ (dulu ‘Ayu’) pada tittle dan ‘Ehem’ di akhir post.
Kesimpulan : Semua dah ada identiti.
Komen gua : Walaupun tanpa identiti-identiti di atas pun dah boleh agak siapa yang post. Sebab setiap satu dari kita ada ciri percakapan, gaya bahasa dan persembahan penulisan yang unik. Hatta tengok tajuk (tanpa nama) pun boleh tahu siapa yang post. Tengok style perenggan pun boleh tahu siapa yang post. Tengok ayat pendahuluan pun boleh tahu siapa yang post. Tengok huruf pertama yang digunakan pun boleh tahu siapa yang post. Ok, itu tipu.
Lagi, disebabkan tak semua setuju letak nama kat title patik cadangkan letak nama kat label. Nanti nak review balik dipermudahkan urusan. Lagipun kat label boleh letak banyak perkataan, kan?

Permasalahan 4: Banduan Akhir di Sel Akhir
Dari blog tuanku, beliau ajak bebs tengok teater. Tarikh: 10-14 Oktober 2010. Masa: Gua tak pasti tapi petang (6.30 kot). Siapa nak pergi bagi tahu tuanku. Gua hanya free hari Ahad dan Khamis selepas 5 petang. Itu pun tak tahu dapat izin atau tidak sebab balik mesti malam (walaupun hari-hari memang balik malam). Benar-benar ingin pergi. Semua teater yang tuanku ajak semua tak dapat pergi. Dari Tanda, Shorteyes, Misi Gigolo,..opss wujudkah? Takpe, yang itu kita buat skrip sendiri, invite pelakon sendiri dan tonton sendiri.

Permasalahan 5: Ini bukan masalah. Gua nak jawab post kalian sebelumnya.

Dear Tuanku,
Ampun atas kelancangan patik sebelum ini. Ampun beribu-ribu ampun sembah patik …....(gua lupa skrip seterusnya). Its okay, gua tahu empat-empat rindu nak bermain-main dengan kentut. Mendengar petikan gitar kentut. Menikmati sumbangan suara kentut menyanyi lagu happy birthday. Mendengar keluh-kesah kentut.

JIJIK!!!

Oh ya, bagaimana dengan ujian law tuanku. Harap tuanku lulus dengan gemilang sebab patik nak tuanku buat Perlembagaan Bertulis Cekodok Panas Diraja lepas tuanku habis exam nanti. Sesuatu organisasi kalau tak ada peraturan, nanti susah diatur.

Dear PM,
Ketiga-tiga alasan yang tuan hamba beri amat kukuh dan solid sekali. Oleh itu, beta ampunkan. (Selain menjadi bentara dan laksamana gua juga bertindak sebagai pemangku sultan). Macam Affaf selain jadi Temenggung beliau juga jadi dayang istana. Hahaha.
Takpe, gua tunggu bila lu teror main blogspot nanti. Tak sabar nak tengok lu meng-edit, menokok-nambah, merapu dan meraban serta menconteng arang ke muka orang lain. Bukannya gua tak kenal lu kalau lu tulis macam mana.
Ambil masa anda. Jangan ambil masa saya.
Buat seketika gua lupa siapa The Toilets. Tak pe sekarang dah ingat. Kita bagi dia nama baru nak ? JAMBAN BOY !!! Boleh jadi adik untuk Banquet Boy. Kesian BB main sorang-sorang. Jamban Boy a.k.a JB a.k.a Justin Bieber. HAHAHA!
Cakap pasal Justin Bieber, betul ke Maher Zain nak datang sini? Dia buat konsert ke dia nak melancong? Eh, apa-apa berita bitau sini.

Dear Dayang,
Tentang Baby kent, gua rasa dah bersepah-sepah kot baby kent yang wujud. Masuk berita sebab kes buang bayi pun ada kot. Terbiar bagai sampah terbuang. Eh, apasal gua kejam sangat nih?
Untuk menyambung kisah Misi Gigolo ni, kita kena buru dia balik.
Gua tak rasa pun dia kahwin. Macam gua cakap kat tuanku, si Ana Batrisha C…. D….. ni mungkin watak rekaan macam Cera Fasha. Ada individu atau kumpulan lain yang lebih bijak dari Cekodok Panas mengenakan kent sampai kent pergi Indonesia untuk kahwin. Ini tak boleh jadi. Kita harus buat yang lebih teruk lagi. Kahkahkah (setan apa yang masuk dalam badan gua ni?). Lu dah jumpa laksa kat mana ?


Ehem: Lu perasan tak, takde nama Yasmin dalam post ni. Dah sinonim sangat nama ‘Tuanku’ dengan beliau. Harap impian beliau menjadi tuanku jadi kenyataan.

affaf: kat SI, gua tak leh COMMENT!!!

mmg agak LEMBAB server kat sini :(
maka, gua tak leh comment (dapat la tunaikan permintaan TUANKU)
eh, bukan ke ade tulis kat bawah sekali,
dituliskan oleh XXXXX

ape la nak GEMPAK sgt :p
memule je r gempak!!!

hhuhuhu :p

Sunday, September 19, 2010

Perhatian lg sekali!!

Lu org len kali x yah duk comment2.
Biar comment tu kosong je.

Lagi satu,
gua rasa kalau kita bg nama.
Nanti macam taw sgt.
Macam,
"Oh Marsyada post"
"Oh,Ayu plak post"
"Eh,Affaf x post pun"
Ha,macam tulah.

Dan bila baca title nnt mcm x gempak.
Title mesti nk gempak beb.
Jadi suma macam tertanya2.
"Perhatian!sape yg tulis ni.Ha! yasmin.Mesti gempak"
Macam tulah.
HAHAHAHA *gelak gaya action Kamen

Identiti tu plak biar la kekal.
Macam gua.
Gua kan selalu guna yg p/s ngan salam tu.
Korg buatlah identiti masing2.
Dan tuk Affaf.
Lu punye post tu serabut.
Pening gua nak baca.
Tapi tulah identiti lu kan.
HAHAHAHA *gaya action kamen lagi

p/s: Macam gua plak owner blog ni.Oh, dalam law bila kita form company sendiri mesti ade sekurang2 nya 2 director.(subject law buat gua rasa nak bunuh diri) sure fail la.

Assalammualaikum:)

kesian laksamana..

laksa ada kat mana??
hahahahaha..
laksa mana?

takde2, gurau gile :p
eh, cadangan ayu,
utk buat entry,
Ayu:  pengumuman
Marsyada:  Shadow
Affaf:  tuanku menipu
Yasmin:  perhatian!!

mane??
disokong bukan main lagi oleh perdana menteri..
tapi macam harraammm...
hahahahhahaha!!

laksamana je yang buat..
eh, laksa patik tadi mana??
hahahahahhaha

Tuanku Menipu :p

gua tye pasal BABY je..
dia yang cadang nak SAMBUNG cerita
KENT & CERA
gua cakap, kalau sekadar cerita je,
TAK BEST, nak real..

tu yang die suh tye LAKSAMANA AYU!
gua malas.. rupenye, dia yang tye sendiri :p
hahahahhahaha..



buat pengetahuan PERDANA MENTERI dan LAKSAMANA,
TUANKU kata, ntah2,
perkahwinan KENT & isteri, tak temetri pun...
dia kate,
mane tahu, pengantin pompuan lari ke,
kent g cari makwe lain ke..
tak leh blah kan PEMIKIRAN tuanku ;D
hahahahahahahahhaha..

lawak2!!

Saturday, September 18, 2010

perhatian!

Wahai org2 istana sekalian.
Beta di dini ingin membalas balik soklan2 yang LAKSAMANA Ayu bagi tu.
Okay.
Mula2..
Bukan gua eh yang mula dulu.
Dayang Affaf tu ha!
Sibuk menanya kat gua Baby KENT.
Mana lah gua taw perkembangan die.
Dah lama gua tak contact die.
Dayang Affaf tu excited sangat setelah lama tak bermain drama dengan si KENT-tut tu.


Tu je.

p/s:Asal beta macam EMO plak ni.hahah!BARU LPS EXAM LAW yg mcm tuuuttt..

Assalammualaikum:)

Shadow: Gua Slow!



Buat Tuanku, Bentara Ayu dan Laksamana Affaf, gua minta ampun banyak-banyak sekiranya sumbangan gua terhadap blog ini amatlah sedikit. Berikut gua senaraikan sebab musababnya:

  1. Gua tak pandai guna blogspot. Ya, satu alasan yang Boddoh.
  2. Gua busy. Ya, satu alasan yang biasa dan Boddoh.
  3. Gua malas. Kurang Boddoh tapi mungkin juga boleh dijadikan satu alasan.
Tapi!

Bila gua bersemangat dan sudah mahir menggunakan blogspot ini nanti, jaga-jaga, kemungkinan besar gua tak akan dapat berhenti meng-edit, menokok-nambah, merapu dan meraban serta menconteng arang di muka anda semua. Nantikan sahaja.

Jadi,

Usah berduka cita bila gua kurang memberi sumbangan di sini. Tunggu bila gua dah terer ok? :)

Maka,

Dengan ini, gua menjawab soalan Bentara Ayu, gua rasa baik juga kalau kita bagi orang baca blog kita. Pengubat duka, boleh jugak buat ketawa kecil-kecil bila tengah sedih. Cuma, penulis-penulisnya, biarlah dikekalkan kita berempat sahaja ye. Sebab seingat gua, Cekodok Panas memang tak ambil ahli baru. Biar Kent-tut atau Banquet-boy mahupun The Toilets. Kesemua mereka tak diambil jadi ahli.

Okay sampai sini sahaja raban gua.

Gua nak tambah: Semoga anda semua sihat selalu. Dan bebs sekalian, edit lagi blog ini supaya chantek macam gua okay. Sebab korang bertiga yang lebih mahir! Cakap pasal 'mahir', weh, Maher Zain nak datang Malaysia!

Cadangan gua: Sekali lagi, sila chantekkan blog ini. Dan bebs, best jugak kalau kita letak rakaman babak terakhir drama 'Cera-Kent' di sini. Tak gitu? Hahaaaa

Till then ;)


AL: Tuanku Angau

Hari ni tuanku tanya soalan sama lagi. Beliau tanya adakah gua keep in touch dengan kent lagi. Sudah gua katakan berkali-kali, kent dah tak pakai nombor yang sama. Tuanku rindu. Sempat beliau cadangkan supaya minta nombor telefon mak kent dari faezah,madu beliau. Ish, parah tuanku. Parah.

Tuanku juga bertanya bolehkah kita menginvite orang lain untuk membaca blog ini? Mungkin beliau ingin menginvite sahabat Insang diraja. Sila respon wahai rakyat jelata.

Poll gua dah remove sebab rupanya boleh vote sekali sahaja. Ish, tak best betul. Tapi sesiapa nak buat poll lain dipersilakan.


Ehem: Untuk hari ni je gua dapat duit raya rm16.

Friday, September 17, 2010



Kami sayang:
Pakcik Radzi, Pak Akob, Si Commel





Siapa mereka?
Nantikan kemunculan blog entry lain, kalau nak tahu. Kami juga akan sertakan sekali gambar-gambar untuk tujuan pengukuhan fakta.

terima kasih bentara..

atas pengumuman yang di buat,
terima kasih bentara.. cuma mengenai undang2,

patik kurang paham..
(maka, lu bayangkan la tuanku pulak...sure2 lagi TAK PAHAM kan)
hehehhehe...

beb,ape2 updated blog,
inform kat facebook je la..
tapi, jgn ckp, BLOG updated...
kite cakap....ape eh?
ntah! ;p
lu orang usulkan la cadangan ;)
hehehhehehe..

k, nak wat entry lain nnt :)
rindu lu bebs!!

Thursday, September 16, 2010

AL: Pengumuman 1

1. Tarikh rasmi pembukaan blog Cekodok Panas ialah 15 September 2010 bersamaan 6 Syawal 1431.

2. Gua dah 'grant privilege admin' kepada semua orang. Dan sekarang kalian diberi dan mempunyai hak untuk customize apa sahaja, yang mana sebelum ini kalian tidak bisa.

3. Jika ada sebarang cadangan, peraturan atau kanun yang ingin diutarakan, post sahaja di sini. Selepas bermusyawarah, kita satukan dan kita bikin Undang-undang Tubuh Badan Cekodok Panas. Itupun setelah diperkenankan DYMM Tuanku.

Sekian. Akan diupdate lagi lain hari.

AL: Re: Separuh Masa

Oh, rupanya Banquet Boy dah jadi part-time lover Isha.

To Isha,

Sesiapa sahaja boleh jadi pekerja part-time.

Setelah lama bekerja, pekerja part-time boleh menjadi pekerja full-time.

Demi mendapat gaji lebih, pekerja full-time akan bekerja over-time.

Maka berhati-hatilah lu sebelum abang lu berkata kepada lu, 'You are fired!'

Dan ketika itu sampaikan-lagu-dedikasi dari gua untuk lu ialah 'Yank-Wali Band'.
Haha.



Ehem: ehem..ehem. Gua batuk hari ni.

Wednesday, September 15, 2010

kenapa perlu si NABIL?

ni gua nak tye lu org!
muke gua ni, macam ade tulis,
CIKGU, CERITA LA PASAL NABIL KAT SAYA
ke?

SETIAP kali gua jumpe
PUAN ROHANA,
mesti die cerita pasal NABIL!
BOSAN! include mak gua pun, DAH BOSAN k!

tadi die kate,
BARU PETANG TADI, GENG NABIL BERAYA RUMAH CIKGU...
so?? kalau geng upin ipin, gua TABIK r gak!
ni setakat geng sampah mane ntah!
-marsy, maaf kan gua-

gua GERAM!!!
pastu, die tye, geng kamu, bile nak sampai rumah cikgu..
dengan senang hati nye gua jawab,
TAK KAN SAMPAI KOT.. malas ;p

sbb time tu, gua sgt2 tak suke name NABIL tu!!!
hope lepas ni, gua pakai PURDAH kalo terserempak ngan
PUAN ROHANA tu ;p

affaf: Separuh Masa

beb, lu penah dgr lagu ni?
ni keratan lirik die,

Dulukan telah diberitahu

Jangan menganggu di hujung minggu
Nanti dia akan tahu
Rahsia engkau dan aku

Kita sudah sama setuju

Berjumpa hanya bila perlu
Kerana kita sudah punya teman istimewa

yang kita tu, tukar kepada ISHA ;p

lepas tu,

Kuhanyalah kekasih separuh masa

Separuh lagi cinta untuk dia

Janganlah kau meminta lebih dari itu

BOY hanyalah kekasih separuh masa

Dari Isnin sampai Jumaat saja

Jangan pula kau mengharap
Berdampingan selalu denganku

Jika kau tak terima khabar

Bererti abg hanis ada di sini

Jangan gatal meninggalkan pesan
Curiga dia nanti

Tak perlu kata-kata manja

Itu sudah sering ISHA dengar

Dari abg hanis yang masih tidak tahu

Adanya boy

"Kuakui ada sesuatu antara kita

Tetapi kutahu bukan seperti biasa"

quotation atas ni, kata2 hati ISHA ;D
hahahahahhahahaha!!!
-khas utk BANQUET BOY-
wah!! gua ade entry utk dia!! first time!!