Oh berbalik pada topik asal. Kenapa gua merasakan ini minggu yang seronok? Jawapan: Entah. Gua cuma dapat rasakan kelapangann dada yang melampau walaupun pada minggu depan gua ada exam. (tapi lu tau la gua, apa ada hal dengan exam!), dan gua juga dapat peluang bernafas dengan lega baik di kampus atau di rumah. Sebab minggu ini, gua langsung tak busy. Dah lama betul gua tak merasa dapat tarik nafas kelegaan dalam kelapangan macam ni. Dan sekarang gua betul-betul tengah menikmatinya. Melepak di kampus sambil tengok orang lalu lalang, sememangnya hobi terbaru gua kala kelapangan macam ni. Dan lagi, satu perkara yang buat gua dapat tarik nafas lega betul-betul: Masalah hati gua dah semakin sembuh! Tahniah kepada gua. kan?
Jadi, itu lah dia isi penting dalam tulisan gua kali ini. Sekali lagi: Masalah hati gua dan semakin sembuh! (Nota: gua bilang semakin sembuh. se-ma-kin. jadi jangan gembira sangat, takut nanti semua kecewa, dan menyampah). Nak tahu macamana ia jadi semakin baik? Sebelum teruskan membaca, kita ucap tahniah dulu pada korang-korang sohabat bebs gua. Gua dapat sokongan, dorongan dan macam-macam lagi -ngan -ngan secara seratus perarus dari semua. Berkat itu semua, gua buat apa? Gua telefon dia! Dan kami bincang apa? Isu politik! Bodoh kan? haha. Pelik sekali, bila berbual normal macam tu, gua dah o-kay. Sumpah lega!
So sekarang apa lagi, carikan gua pakwe cepat. Gua single mingle ni. Dan setelah sampai di sini penulisan gua, gua masih tak tahu, yang mana satu sebenarnya isi penting. Dan apa sebenarnya yang betul-betul gua nak bagitahu. Gua tak ingat dah sebab dah jauh menyimpang. Macam biasa la, gua suka meraban. Alah, yang penting gua seronok je la minggu ni. Dan macam biasa, itu pun gua meraban jugak. Seronok hape kalau terlalu lapang sampai melepak dari jam 7 ke 4 di tangga kampus je. Ahh yang penting gua hapy. kan?
Okay sampai sini sahaja raban gua.
Till then ;)
No comments:
Post a Comment