Amaran: Entri ni agak panjang. Siapa nak tukar pad, pergi tukar dulu.
Permasalahan 1: Boleh tak bagi orang lain view blog ni ?
Tuanku: Cadangan Tuanku.
Marsyada: Setuju. Boleh jadi pengubat luka. Tapi author kekal 4 orang.
Affaf: Tidak setuju. Bukannya yang lain faham cerita yang kita tulis.
Ayu: Salah satu niat gua nak buat blog ni untuk ditulis dan dibaca oleh kita-kita je. Kalau ada masalah menimpa bolehlah meluahkan perasaan di sini. Dalam erti kata lain, kalau gua marah kat orang tu bolehlah gua kutuk-kutuk orang tu kat sini! Agak segan kalau ada orang lain baca.
Kesimpulan: 2-2. Macam mana nak simpulkan ni?
Permasalahan 2: Sistem Komen
Tuanku: Kosongkan komen!
Ayu: Setuju. Sebab kadang-kadang terlepas pandang. Kalau nak komen tulis kat post. Kalau semua setuju, disable komen terus.
Marsyada: Jumpa nanti kita bincang untuk buat blog lebih bernas. Lokasi:Gerai pak cik radzi (hehe)
Affaf: Kat Si, memang tak leh komen. Setuju.
Kesimpulan: Gerai Pak cik radzi.
Permasalahan 3: Identiti
Tuanku: P/s dan Assalamulaikum :) di akhir post. Tidak lupa perkataan ‘merepek’.
Marsyada: ‘Shadow’ pada title dan beliau akan tekan quote sebelum tulis (eh, betul tak ni gua main teka?) dan ‘Till then’.
Affaf: Penulisan yang berwarna-warni dan banyak gelak.
Ayu: ‘AL’ (dulu ‘Ayu’) pada tittle dan ‘Ehem’ di akhir post.
Kesimpulan : Semua dah ada identiti.
Komen gua : Walaupun tanpa identiti-identiti di atas pun dah boleh agak siapa yang post. Sebab setiap satu dari kita ada ciri percakapan, gaya bahasa dan persembahan penulisan yang unik. Hatta tengok tajuk (tanpa nama) pun boleh tahu siapa yang post. Tengok style perenggan pun boleh tahu siapa yang post. Tengok ayat pendahuluan pun boleh tahu siapa yang post. Tengok huruf pertama yang digunakan pun boleh tahu siapa yang post. Ok, itu tipu.
Lagi, disebabkan tak semua setuju letak nama kat title patik cadangkan letak nama kat label. Nanti nak review balik dipermudahkan urusan. Lagipun kat label boleh letak banyak perkataan, kan?
Permasalahan 4: Banduan Akhir di Sel Akhir
Dari blog tuanku, beliau ajak bebs tengok teater. Tarikh: 10-14 Oktober 2010. Masa: Gua tak pasti tapi petang (6.30 kot). Siapa nak pergi bagi tahu tuanku. Gua hanya free hari Ahad dan Khamis selepas 5 petang. Itu pun tak tahu dapat izin atau tidak sebab balik mesti malam (walaupun hari-hari memang balik malam). Benar-benar ingin pergi. Semua teater yang tuanku ajak semua tak dapat pergi. Dari Tanda, Shorteyes, Misi Gigolo,..opss wujudkah? Takpe, yang itu kita buat skrip sendiri, invite pelakon sendiri dan tonton sendiri.
Permasalahan 5: Ini bukan masalah. Gua nak jawab post kalian sebelumnya.
Dear Tuanku,
Ampun atas kelancangan patik sebelum ini. Ampun beribu-ribu ampun sembah patik …....(gua lupa skrip seterusnya). Its okay, gua tahu empat-empat rindu nak bermain-main dengan kentut. Mendengar petikan gitar kentut. Menikmati sumbangan suara kentut menyanyi lagu happy birthday. Mendengar keluh-kesah kentut.
JIJIK!!!
Oh ya, bagaimana dengan ujian law tuanku. Harap tuanku lulus dengan gemilang sebab patik nak tuanku buat Perlembagaan Bertulis Cekodok Panas Diraja lepas tuanku habis exam nanti. Sesuatu organisasi kalau tak ada peraturan, nanti susah diatur.
Dear PM,
Ketiga-tiga alasan yang tuan hamba beri amat kukuh dan solid sekali. Oleh itu, beta ampunkan. (Selain menjadi bentara dan laksamana gua juga bertindak sebagai pemangku sultan). Macam Affaf selain jadi Temenggung beliau juga jadi dayang istana. Hahaha.
Takpe, gua tunggu bila lu teror main blogspot nanti. Tak sabar nak tengok lu meng-edit, menokok-nambah, merapu dan meraban serta menconteng arang ke muka orang lain. Bukannya gua tak kenal lu kalau lu tulis macam mana.
Ambil masa anda. Jangan ambil masa saya.
Buat seketika gua lupa siapa The Toilets. Tak pe sekarang dah ingat. Kita bagi dia nama baru nak ? JAMBAN BOY !!! Boleh jadi adik untuk Banquet Boy. Kesian BB main sorang-sorang. Jamban Boy a.k.a JB a.k.a Justin Bieber. HAHAHA!
Cakap pasal Justin Bieber, betul ke Maher Zain nak datang sini? Dia buat konsert ke dia nak melancong? Eh, apa-apa berita bitau sini.
Dear Dayang,
Tentang Baby kent, gua rasa dah bersepah-sepah kot baby kent yang wujud. Masuk berita sebab kes buang bayi pun ada kot. Terbiar bagai sampah terbuang. Eh, apasal gua kejam sangat nih?
Untuk menyambung kisah Misi Gigolo ni, kita kena buru dia balik.
Gua tak rasa pun dia kahwin. Macam gua cakap kat tuanku, si Ana Batrisha C…. D….. ni mungkin watak rekaan macam Cera Fasha. Ada individu atau kumpulan lain yang lebih bijak dari Cekodok Panas mengenakan kent sampai kent pergi Indonesia untuk kahwin. Ini tak boleh jadi. Kita harus buat yang lebih teruk lagi. Kahkahkah (setan apa yang masuk dalam badan gua ni?). Lu dah jumpa laksa kat mana ?
Ehem: Lu perasan tak, takde nama Yasmin dalam post ni. Dah sinonim sangat nama ‘Tuanku’ dengan beliau. Harap impian beliau menjadi tuanku jadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment