Persediaan nak ke kelas: Bangun awal pagi, tarik nafas panjang, senyum depan cermin sambil gosok gigi, buat ulangkaji dan akhirnya, KELAS BATAL.
Perngetahuan umum yang paling menarik sekali:
(1) Hanya ada SATU kelas untuk semester panjang ini.
(2) Hanya ada seorang pelajar dalam semester panjang ini yang mengambil matapelajaran Fizik II iaitu, Gua!
(3) Pensyarah gua terlalu baik hati sehinggakan setiap kali batalkan kelas sewaktu gua sudah tercapap depan pintu kelas, gua masih mampu tersenyum manis, dengan ikhlas.
(4) Peperiksaan 'mid-semester', gua diberitahu akan ada 20 soalan objektif dan selebihnya soalan subjektif. 100 markah kesemuanya. Tapi pada hari ujian, hanya ada LIMA soalan subjektif. Lima soalan subjektif yang PENDEK. Dan ya, jumlah markah, masih seratus.
(5) Alhamdulillah, gua dapat 'A' untuk ujian 'mid-semester'. Harap 'final-exam' tak akan mengecewakan gua lagi.
(6) Fizik II adalah pelajaran tentang wires, electrics, dan semua benda lain yang gua jangka dan pasti hanya budak jantan yang gemarkannya. Dan ya, bisikan hati anda-anda benar, Gua Tak Suka Subjek Ini.
(7) Gua menulis entry ini, di U-Cafe, kerana kelas 1 jam (11am-12pm) pada hari ini sudah dibatalkan sebentar tadi tatkala gua sudah tercapap depan pintu kelas (sekali lagi) dan apa lagi, kalau bukan gua hanya mampu, tersenyum ikhlas ( sekali lagi ).
Till then ;)
p/s: Gua lebih suka duduk di U-Cafe sebab Ketua Chef di sini sangat cute. (Dia akan pakai uniform lengkap seorang Chef setiap kali MSU ada tetamu. Dan oh, semenjak duduk di campus baru, banyak betul tetamu. Dari sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan biasanya.
Dan mungkin anda akan terkenangkan pelukan Pn.Mary semasa anda belajar.Kn?kata iya cepat!
ReplyDeletegua lempang jugaaaaakk Tuanku ni karanggggg...
ReplyDelete