Al kisah sewaktu di semester dua gua berkenalan dengan seorang budak Kelantan. Umurnya sebaya. Pertama kali jumpa, gua tak layan sangat. Biasalah, gua dan ego gua: "Guys?get lost". Dan kami selalu terserempak di pejabat pensyarah. Di situ, rutin biasa budak-budak adalah, tatkala masing-masing terserempak di sana, akan menghabiskan masa berbual-bual di tangga. Sampai akhirnya, tak pergi jumpa pun pensyarahnya!
Maka begitu lah. Oleh kerana kawan-kawan dia yang berkawan dengan gua (dia sorang je bukan), jadi setiap kali kumpulan dia bertembung dengan gua di pejabat pensyarah, kami akan berborak sakan di tangga. Dan bila kumpulan-kumpulan kawan lain datang, diorang join. Jadi semakin lama, geng borak tangga di pejabat tersebut menjadi semakin besar dan sudah tidak dapat dibendung.
Aih nak diceritakan dari awal memang panjang dan meleret. Dipendekkan:
Gua dah tak nak kawan dengan dia sebab perangai mangkuk hayun Kelantan tu memang menjengkelkan tahap gaban!
Lu tau tak, kalau dulu masa nak mula-mula kawan dengan gua, punya puji tinggi melangit. Putus cinta, masalah sahabat, geng dia nak bercerai berai, takde kawan, takde makan, takde itu ini, takde akal, kesunyian, kesedihan, kegembiraan kalau boleh semua jadah lah nak share dengan gua..sekarang, bila dah ada awek, terserempak pun boleh buat dono aje.
PATUT KE?
Gua memang rasa terbakar, tercabar, dan terhiris la. Dulu segala blog gua kat myspace, tak beritahu gua ada myspace pun, siap boleh pergi selidik, dan sentiasa mengikuti blog gua. Dan dulu, kalau gua online di ym, wah setanding kepantasan laju cahaya dia buzz gua. Dan gua kadang-kadang kena bersengkang mata chatting dari malam sampai pagi. Sebab kena jadi kaunselor dia, dengar masalah dia, nasihati dia.
Wah sekarang.. sekali lagi: Terserempak pun boleh buat dono aje.
Sekarang lu cakap. PATUT KE?
Bukannya gua nak jeles ke apa ke. Sudah diterangkan kepada dia sejak awal perkenalan yang gua memang langsung tak ada hati untuk dia. Apatah lagi nak ada jantung, perut, usus, limpa bagai. Yang paling gua menyampah sekali, dari dulu lagi, sebelum jadi awek dia pun, si farah tu memang tak suka gua. Duduk sama-sama dalam kelas Maths pun, masih boleh jeling-jeling, perli-perli. Padahal dia tak tahu si mamat ni dah memang sayang kat dia.
Heh gua berborak dengan dia online aje tau. Dan kalau nak jumpa, gua selalu ajak jumpa di library. Tak pernah la nak berduaan! Dari dulu lagi, dia denga si Farah tu macam belangkas, pergi sana sini sama-sama, lepak malam ke pagi sama-sama, pendek kata memang macam kembar siam lah! Akhirnya kapel juga mereka. Gua memang gembira dan lega untuk dia. Tapi akhirnya, apa ke jadah yang dok pasangan kekasih baru ni tak mau cakap dengan gua?
Dah. Kalau nak cerita memang banyak lagi. Sekurang-kurang coret sedikit ni, lega jugak hati gua!
Tengok lah muka dia. Anda boleh nampak banyak lagi di fb gua. Sewaktu kami masih bersahabat.
- http://www.facebook.com/video/video.php?v=396435353742&subj=1439082464 (Video masa gua sebahagian dari mereka. Sekarang gua menjauh.)
- Yang di sebelah kanan gua tu adalah dia:
3. Juga sewaktu gua masih sebahagian dari mereka. (Sebab dia Big Brother. Kalau dia takmau kawan dengan gua, semua orang ikut.)( Yang tak bertudung adalah Farah. Teman wanita dia sekarang. Yang lain-lain adalah kami-kami yang pernah jadi serumpun. Sekarang tak lagi. Gua berundur.)
Till then ;)
p/s: Menyampah kan baca tulisan gua? :(


Sekarang bagitahu. KENAPA GUA TAK BOLEH BUAT WARNA WARNI DALAM SETIAP ENTRY GUA? gua dah tekan kaler-kaler tapi bila publish tak keluar ponn? argh ini menambahkan tensen. Gua perlu tido!
ReplyDeleteAffaf da block.Sbb die je yg bley wat gitu.
ReplyDeleteSimpati tuk ABDULLAH FIKRI.hhahaha.Budus!die x taw pengaruh Marshadow ni.
kuang haja affaf~ da la menunggu dia punya pasal, gua kebulur-kan kueyteow pakcik radzi!
ReplyDeletehahahahahahahhaha...
ReplyDeletenak terberak gua bace komen marsy!
eh tuanku, bukan tuanku ke yg suh patik BLOCK perdana menteri?? ;p huhuhuhuhuhu...