Hakcipta secara berkumpulan ini adalah hak milik penulisnya sendiri. Blog ini diwujudkan dengan syarat setiap kesucian patah kata dalam blog ini tidak boleh diperkosa seratah-ratahnya apa lagi sang penulis masih suci zahir dan batin. Melainkan dengan kerelaan hati atau kebenaran bertaip oleh sang penulis. Mereka yang tidak faham akan konsep hak milik intelektual akan diganyang sehabis-habisnya sebelum disumpah tujuh keturunan bahkan lebih mengikut keadaan. Sebarang permintaan dan rayuan untuk mengcopy-paste semula mana-mana post dalam blog ini hendaklah disertakan dengan ufti yang mahal. Daulat Tuanku!

Saturday, September 18, 2010

Shadow: Gua Slow!



Buat Tuanku, Bentara Ayu dan Laksamana Affaf, gua minta ampun banyak-banyak sekiranya sumbangan gua terhadap blog ini amatlah sedikit. Berikut gua senaraikan sebab musababnya:

  1. Gua tak pandai guna blogspot. Ya, satu alasan yang Boddoh.
  2. Gua busy. Ya, satu alasan yang biasa dan Boddoh.
  3. Gua malas. Kurang Boddoh tapi mungkin juga boleh dijadikan satu alasan.
Tapi!

Bila gua bersemangat dan sudah mahir menggunakan blogspot ini nanti, jaga-jaga, kemungkinan besar gua tak akan dapat berhenti meng-edit, menokok-nambah, merapu dan meraban serta menconteng arang di muka anda semua. Nantikan sahaja.

Jadi,

Usah berduka cita bila gua kurang memberi sumbangan di sini. Tunggu bila gua dah terer ok? :)

Maka,

Dengan ini, gua menjawab soalan Bentara Ayu, gua rasa baik juga kalau kita bagi orang baca blog kita. Pengubat duka, boleh jugak buat ketawa kecil-kecil bila tengah sedih. Cuma, penulis-penulisnya, biarlah dikekalkan kita berempat sahaja ye. Sebab seingat gua, Cekodok Panas memang tak ambil ahli baru. Biar Kent-tut atau Banquet-boy mahupun The Toilets. Kesemua mereka tak diambil jadi ahli.

Okay sampai sini sahaja raban gua.

Gua nak tambah: Semoga anda semua sihat selalu. Dan bebs sekalian, edit lagi blog ini supaya chantek macam gua okay. Sebab korang bertiga yang lebih mahir! Cakap pasal 'mahir', weh, Maher Zain nak datang Malaysia!

Cadangan gua: Sekali lagi, sila chantekkan blog ini. Dan bebs, best jugak kalau kita letak rakaman babak terakhir drama 'Cera-Kent' di sini. Tak gitu? Hahaaaa

Till then ;)


1 comment:

  1. perdana menteri,
    cadangan lu, di tolak! sbb lakonan cera, agak KETERLALUAN di situ :p

    ala, nak bg org lain bace, drg tak paham sgt cite kite.. jadi, kalo nak suh bace pun,
    kene gua laptop masing2 je.. maksudnye, tak worldwide sgt :p

    nak cantik kan blog macam lu??
    skrin gua, 14inchi je beb.. muke lu je, gua tgok, makin lebar ;D hehehhehehe

    ReplyDelete