Hakcipta secara berkumpulan ini adalah hak milik penulisnya sendiri. Blog ini diwujudkan dengan syarat setiap kesucian patah kata dalam blog ini tidak boleh diperkosa seratah-ratahnya apa lagi sang penulis masih suci zahir dan batin. Melainkan dengan kerelaan hati atau kebenaran bertaip oleh sang penulis. Mereka yang tidak faham akan konsep hak milik intelektual akan diganyang sehabis-habisnya sebelum disumpah tujuh keturunan bahkan lebih mengikut keadaan. Sebarang permintaan dan rayuan untuk mengcopy-paste semula mana-mana post dalam blog ini hendaklah disertakan dengan ufti yang mahal. Daulat Tuanku!

Thursday, September 23, 2010

Shadow: Kaler-warni Hidup

Duduk di kafe universiti. Macam biasa. Pagi-pagi dah ramai dengan budak-budak yang kerjanya tak lain, memekak. Gua tak faham kenapa orang perlu datang bersama kawan-kawan ke suatu tempat awam, motif hanya untuk memekak. Diorang tak pernah fikir, ada orang yang perlukan kedamaian bila mengunjungi kawasan istirehat di sudut kafe ini. Gua ulang: Zon Istirehat. Benar, kafe gua ada zon tempat pelajar bersenang lenang. Tapi duduk di sini, tak pernah bersenang pun. Apatah lah lagi lenang. Kadang-kadang tu rasa menyampah juga mengenangkan gua sedang menuntut di universiti swasta. Sebab? Majoriti pelajarnya rasa diri sendiri bagus, terbaik, hebat, cantik, menarik dan semua nak da-bomb! Walhal, yang paling kuat berbunyi itu lah biasanya tin kosong. Projek-projek gua selama ini pun, tak ada lah nampak sangat diorang tu da-bomb. Sudahnya gua yang bersusah. Penat, penat. Tapi apa boleh buat. Hidup gua di sini banyak sangat warna terlalu striking, kadang-kadang datang kelabu. Nak tunggu kaler yang damai dan menenangkan, memang jarang-jarang sekali lah. Tapi tak kesah la. Life goes on. Apa ader hal. Lepak aje laaa. Korang pulak, macamana dengan kaler hidup di sana? Menarik-menarik kah? Gua tahu, Laksamana Affaf punya, polka-dot berwarna warni. Bentara Ayu punya, kaler-kaler tenang tapi terkadang datang juga kelabu. Tuanku punya, tentulah paling menyerlah! Kan?

Till then ;)

1 comment:

  1. kaler gua hijau, merah dan kunig.sebab selalu nampak lampu trafik T.T

    ReplyDelete